KLANG: Sebuah perkampungan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dibina enam tahun lalu di kawasan ladang kelapa sawit di Taman Perindustrian Air Hitam di sini, terbongkar apabila digempur pihak berkuasa semalam. Penempatan dihuni lebih 100 warga Indonesia di 40 rumah kayu itu bukan saja kotor dan boleh mengundang penyakit, malah turut menggunakan sumber air serta elektrik yang dicuri. Lebih mengejutkan, kampung yang berada di muara Sungai Langat Kecil itu turut dilengkapi kemudahan kedai runcit, surau dan tempat bercucuk tanam. Bagaimanapun, penempatan berkenaan berjaya dihidu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya