PADANG TERAP: Penemuan bangkai ikan yang terapung di permukaan sebatang saliran menimbulkan tanda tanya kepada penduduk Kampung Tandop, Kampung Barokhas dan kawasan sekitar di Kuala Nerang, di sini apabila air bertukar warna hitam serta berbau busuk. Malah, kesan seperti minyak turut kelihatan di permukaan saliran tersebut sejak beberapa hari lalu yang secara tidak langsung menggusarkan penduduk terhadap kemungkinan berlaku pencemaran bahan berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan mereka. Seorang penduduk, Daharah Lateh, 66, berkata, bukan sahaja ikan ditemukan mati, bahkan lembu peliharaannya enggan minum air di saliran tersebut walaupun dibawa ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya