Idrus Harun dilantik semula Peguam Negara

Idrus Harun dilantik semula Peguam Negara

IDRUS HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa mulai 6 Mac ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu memegang jawatan Peguam Negara sejak 6 Mac 2020 menggantikan kekosongan jawatan yang ditinggalkan Tan Sri Tommy Thomas.

Perkhidmatan beliau kemudiannya disambung setahun lagi yang sepatutnya berakhir pada 6 Mac 2022.

Idrus, 67, berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) Universiti Malaya memulakan kerjaya sebagai pegawai undang-undang pada tahun 1980 dan memegang pelbagai jawatan selepas itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya