ICQS Rantau Panjang hanya meriah hari minggu

ICQS Rantau Panjang hanya meriah hari minggu

SUASANA lenggang di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang yang merupakan pintu masuk ke Thailand lengang walaupun cuti sekolah sudah bermula Jumaat lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, hanya beberapa buah kenderaan yang memasuki ICQS untuk ke negara jiran.

Seorang penduduk, Roslan Mohd Nor, 40, berkata, suasana meriah di ICQS Rantau Panjang hanya dapat dilihat pada hari minggu apabila kenderaan berpusu-pusu masuk ke negara berkenaan.

“Biasanya pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu kita dapat lihat deretan kenderaan akan beratur panjang menunggu giliran untuk ke sebelah sana,” katanya ditemui di sini semalam.

Sementara itu Ismail Yaakob, 32, yang menyediakan perkhidmatan motosikal tambang ke Thailand memberitahu, kemasukan warga tempatan ke negara jiran perlahan pada hari biasa walaupun cuti sekolah sudah bermula.

Katanya, situasi itu menjejaskan pendapatannya sebagai penyedia perkhidmatan motosikal tambang.

“Saya hanya mengharapkan hari minggu sahaja baru ada pelanggan menaiki motosikal untuk menyeberangi sempadan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN