HULU TERENGGANU: Kenaikan harga barangan kelengkapan sekolah memang dirasai kebanyakan ibu bapa terutama bagi yang berpendapatan rendah dan mempunyai anak yang ramai. Ekoran itu ibu bapa mengawal perbelanjaan dengan membeli pakaian dan peralatan sekolah yang murah serta diperlukan sahaja. Seorang tukang rumah dari Kampung Bukit Tokbat, Syed Afindi Syed Mansor, 41, berkata, dia perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM800 untuk membeli kelengkapan sekolah lima anaknya berusia 5, 8, 12, 13 dan 16 tahun. “Pada tahun ini, saya membuat persediaan secara sederhana termasuk membeli sepasang sahaja pakaian sekolah untuk setiap seorang anak bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya