Hujan lebat diramal di lima negeri hingga pukul 9 malam

Hujan lebat diramal di lima negeri hingga pukul 9 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di lima negeri sehingga pukul 9 malam ini. 

Menurut Met Malaysia, amaran ribut petir itu membabitkan kebanyakan kawasan di negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Hilir Perak dan Batang Padang); Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan); Negeri Sembilan (Tampin); Melaka dan Johor (Batu Pahat dan Pontian),” katanya menerusi hantaran di Facebook, petang ini. 

Jelas Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujarnya. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya