Hilang di Bukit Beruang: Steven mungkin sudah ditemukan - Utusan Malaysia

Hilang di Bukit Beruang: Steven mungkin sudah ditemukan

POLIS menutup laluan masuk ke Bukit Beruang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lelaki berusia 45 tahun, Steven Tan Kim Huat yang hilang dipercayai sesat di Bukit Beruang di sini Selasa lalu, dipercayai telah ditemukan sebentar tadi.

Status terkini keadaan mangsa belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, kehadiran kenderaan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkan ura-ura bahawa mangsa berkemungkinan sudah meninggal dunia.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Steven telah dihentikan semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pos kawalan tempat kejadian (PKTK) telah ditutup pukul 3 petang, selepas operasi yang dijalankan hampir tiga hari itu gagal menemukan sebarang petunjuk.

Beliau berkata, kesemua pelosok kawasan Bukit Beruang dengan anggaran keluasan pencarian mencecah 40 hektar telah diperiksa anggota SAR, namun tiada sebarang penemuan yang membawa kepada keberadaan mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya