Seramai 10 pelajar semester pertama dari Institut Kemahiran Langkasuka, Gurun mengadakan program Hari Keluarga Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat di Tapak Perkhemahan Hamza di Kampung Lubuk Pedati, baru-baru ini.
Tenaga pengajar BahagianPengurusan Pejabat dan Teknik (Diploma) di Institut Kemahiran Langkasuka, Gurun, Habsah Abdullah, 44, berkata, program ini adalah kesinambungan aktiviti dan program yang telah diadakan di Langkawi selama tiga hari dua malam sebelum ini.
“Program ini adalah untuk pelajar-pelajar semester pertama pada tahun ini menghabiskan kursus diploma mereka bagi projek akhir semester untuk kursus Pentadbiran Sistem Maklumat Semester Satu.
“Program ini berbentuk santai, riadah dan rekreasi sebelum mereka keluar untuk program Latihan Industri pada pertengahan tahun ini dan seterusnya menyambung pengajian mereka pada semester berikutnya,” kata Habsah.-utusan