Harga makanan kantin, ibu bapa tidak perlu bimbang

Harga makanan kantin, ibu bapa tidak perlu bimbang

FADHLINA Sidek menerima baju sukan nadi ketika melancarkan Takwim MSSM Tahun 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai harga makanan di kantin sekolah kerana sudah wujud garis panduan dan perjanjian antara pengusaha kantin dan pengurusan sekolah.

Itu jaminan diberikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelang pembukaan persekolahan sesi akademik 2023/2024 yang akan bermula pada 19 Mac ini.

Fadhlina berkata, jika timbul isu berbangkit mengenai isu harga makanan, ibu bapa boleh merujuk perkara itu kepada terma-terma perjanjian dari semasa ke semasa.

“Sebenarnya isu harga makanan di kantin ini tidak timbul kerana ia berdasarkan garis panduan dan perjanjian antara kantin dan pengurusan sekolah.

“Kita juga mengambil perhatian mengenai isu kos yang dibangkitkan dan sebagainya tetapi kena berbalik kepada garis panduan itu dan berbincang dengan pihak sekolah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia Tahun 2023 di sini, hari ini.

Ditanya sama ada Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyelaras harga makanan di kantin mengikut negeri dan lokaliti, Fadhlina berkata,
jika ada keperluan dan ruang perbincangan ,ia akan diselaras dari semasa ke semasa.

Namun, katanya, buat masa ini, ia tertakluk kepada kontrak dan terma antara pengusaha kantin dan sekolah.

“Cuma untuk sekarang, setiap sekolah sudah ada perjanjian tersendiri dan ia berdasarkan lokaliti dan sekolah tersebut. Jadi pandangan itu kita ambil perhatian cuma ruang itu adalah antara sekolah dan pihak kantin,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fahlina berkata, beliau juga memberi jaminan bahawa perbelanjaan bagi penyelenggaraan sekolah tidak akan dikurangkan menerusi peruntukan Belanjawan 2023 yang diterima KPM.

Menurutnya, KPM berpandangan formula penyelenggaraan itu antara lain mengutamakan sekolah-sekolah daif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya