ALOR SETAR: Bergantung kepada satu-satunya pengangkutan yang ‘mesra poket’ untuk berulang-alik dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis menjadikan penumpang tiada pilihan selain mendapatkan perkhidmatan feri yang lebih teratur ketika ini. Malah, rata-rata pengguna menyatakan mereka terpaksa akur dengan trip perjalanan yang terhad termasuk jadual pelayaran yang dibatalkan walaupun setelah membeli tiket feri untuk berurusan di tanah besar. Seorang pengguna, Mohd. Qaiyum Razali, 37, berkata, meskipun dihidangkan dengan laporan mengenai perkhidmatan feri yang sering terkandas di tengah laut atau tersadai akibat air surut, dia tetap menggunakan perkhidmatan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya