Hanya lima tahun dapat nikmati bekalan air bersih - Utusan Malaysia

Hanya lima tahun dapat nikmati bekalan air bersih

YSHABER Serat terpaksa mengepam air daripada parit kecil berdekatan rumahnya untuk mendapatkan air bagi kegunaan harian di Kampung Dusun Durian Kelompok, Titi Teras di Yan. – UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Ketika paip utama bekalan air terawat mula dipasang di Kampung Dusun Durian Kelompok, Titi Teras di sini pada 2004, Saad Sabu antara penduduk yang gembira apabila dapat menikmati bekalan air bersih bagi jalani kehidupan harian.

Namun, ‘cuaca tidak selalunya cerah’ apabila perkhidmatan yang sepatutnya menyenangkan pengguna itu hanya bertahan dalam tempoh lima tahun sebelum kehidupan mula tertekan apabila sering berdepan masalah gangguan air bersih yang berlarutan lebih 14 tahun lalu.

Saad yang kini menginjak usia 78 tahun mendakwa, masalah ketiadaan air di kampung itu tidak diberi perhatian serius oleh pihak berkaitan walaupun aduan sering dibuat terutama­nya ketika ketibaan Ramadan.

“Hanya lima tahun, selepas itu kami sering tertekan kerana bekalan air kerap terputus hingga menyukarkan kehidupan seharian terutamanya bagi keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

“Bagi menampung keperluan mandi-manda dan membasuh, kami menggunakan air bukit, manakala untuk minum terpaksa berhabis duit membeli air mineral sehingga sekarang,” katanya ketika ditemui semalam.

Malah Saad yang juga Ahli Jawatankuasa Projek Durian Berkelompok di kampung itu memaklumkan, banyak pokok durian dan buah-buahan penduduk mati disebabkan bekalan air bukit berkurang terutamanya ketika musim kemarau.

Seorang lagi penduduk, Shaber Serat, 53, berkata, sebelum ini bekalan air masih boleh diperoleh pada lewat malam.

“Awal pagi berbanding beberapa tahun kebelakangan ini yang langsung tiada air menyebabkan 30 keluarga di kampung itu menggunakan air telaga tiub untuk kegunaan seharian.

“Biarpun berhabis banyak duit, penggunaan air melalui kaedah boring ini tidak sesuai untuk membasuh pakaian ke­rana berkeladak menyebabkan ada penduduk terpaksa me­ngangkut air dari kawasan lain untuk digunakan.

Bagi Aziah Saad, 49, Syarikat Air Darul Aman (SADA) sepatutnya lebih prihatin terhadap kesengsaraan penduduk dengan mengambil inisiatif menghantar bekalan air melalui lori mengikut jadual. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya