Hangat bercinta, Yazmin Aziz belum nak tamatkan zaman bujang

Hangat bercinta, Yazmin Aziz belum rancang tamatkan zaman bujang

Yazmin Aziz
Yazmin Aziz, tidak merancang untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat meskipun hangat dilamun cinta dengan pemain bola keranjang Hong Kong, Austin Veloso.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Yazmin Aziz, tidak merancang untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat meskipun hangat dilamun cinta dengan pemain bola keranjang Hong Kong, Austin Veloso.

Katanya, dia tidak mahu terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga, sebaliknya inginkan ruang untuk saling mengenali teman lelakinya.

“Ya, hubungan kami semakin serius. Lebih-lebih lagi selepas dia datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan keluarga saya.

“Tetapi kami tidak mahu terburu-buru (berkahwin). Biar kami bina hubungan ini secara perlahan-lahan dahulu,” katanya yang juga merancang terbang ke luar negara untuk berjumpa keluarga Austin.

Yazmin sebelum ini pernah menjalinkan percintaan dengan pemain bola sepak asal Brazil, Nixon Guylherme. Bagaimanapun hubungan mereka terputus ditengah jalan.

Dia kemudian bertemu Austin ketika lelaki berusia 26 tahun itu berkunjung ke Malaysia sempena perlawanan bola keranjang yang diadakan Januari lepas.

Dalam pada itu, kata Yazmin dia tidak pernah meletakkan ahli sukan sebagai kriteria lelaki kesukaannya. tegasnya, bercinta dengan lelaki yang menjadikan sukan sebagai kerjaya berlaku secara kebetulan.

“Saya pun tak tahu kenapa selalu tersangkut dengan atlet. Ia bukan perkara yang saya tetapkan.

“Saya risau juga jika orang berpandangan saya hanya memilih atlet sebagai teman lelaki. Padahal itu tidak benar.

“Saya minat bersukan, jadi tak menjadi masalah untuk berkawan dengan atlet. Tapi memang saya tak rancang, ia berlaku secara kebetulan,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, peserta Big Stage 4 ini mengakui selesa menjalinkan hubungan jarak jauh dengan teman lelakinya itu.

“Awalnya saya agak skeptikal dengan hubungan jarak jauh. Tapi tak sangka ia menjadi.

“Ada juga baiknya. Saya boleh tumpukan kepada pelajaran sementara dia boleh fokus dengan sukan bola keranjangnya,” tambah Yazmin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya