Halang pengunjung bawa senjata berbahaya - Didie Alias

Halang pengunjung bawa senjata bahaya – Didie Alias

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INSIDEN serangan terhadap pelakon, Kamal Adli yang dilibas dengan cota besi bertubi-tubi di sebuah acara ekspo di Singapura, minggu lalu, membuka mata semua pihak. 

Ancaman sedemikian sudah bersifat nyata dan bukan lagi mainan. Justeru, timbul persoalan adakah sudah tiba masanya golongan selebriti memasang bodyguard demi keselamatan? 

Adakah tanggungjawab memastikan keselamatan selebriti terletak di bahu pihak penganjur sepenuhnya?

Hangat Seminggu mengupas isu ini dengan mendapatkan pandangan artis popular.

Enggan insiden serangan terhadap Kamal Adli berulang, Pelakon, Didie Alias menyarankan penganjur acara menambah baik sistem keselamatan.

Jelasnya, pihak penganjur perlu melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas semua pengunjung yang hadir ke sebarang acara atau majlis melibatkan selebriti, orang kenamaan dan sebagainya.

Kata Didie, langkah itu penting bagi mengelakkan mana-mana individu yang berniat jahat membawa masuk peralatan berbahaya untuk tujuan khianat.

“Gunalah apa kaedah sekalipun, alat pengesan senjata tajam dan berbahaya ataupun mesin imbasan tubuh untuk mengesan sebarang peralatan yang boleh membahayakan keselamatan dibawa masuk ke tempat-tempat sebegini.

“Cara ini penting dan mustahak untuk menggagalkan sebarang usaha untuk menyerang mana-mana individu yang berada dalam kawasan berkenaan,” jelasnya.

Kata Didie lagi, selebriti juga perlu sentiasa berhati-hati dan memantau persekitaran mereka agar tidak menjadi mangsa serangan individu berniat jahat.

“Selebriti juga kena peka dengan persekitaran, kalau tak kena dalam kawasan acara berlangsung, risiko untuk diserang di luar kawasan penganjuran acara juga tinggi.

“Jadi jangan abaikan keselamatan dan kena berjaga-jaga di mana sahaja kita berada. Kita tak tahu siapa yang berniat jahat dan merancang untuk menyerang kita. Jadi perlu lebih berhati-hati selepas ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya