Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada belum cerai

Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada belum cerai

HAFIDZ Roshdi tiba di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam berikutan kes sebutan perceraian bersama pasangannya, Nurul Shuhada Mat Shukri. FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kemelut rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri memasuki episod baharu apabila pelakon itu didakwa pernah melafazkan cerai lebih awal, Januari lalu.

Hafidz berkata, dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaan itu dan menyerahkan keputusan tersebut sepenuhnya kepada pihak mahkamah bagi mengesahkan lafaz cerai tersebut.

“Saya serahkan kepada pihak mahkamah untuk apa sahaja keputusannya mengenai lafaz tersebut dibuat atau tidak.

“Saya serahkan hubungan kami kepada jodoh dan pihak mahkamah untuk keputusannya,” katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Disoal keterbukaan untuk berbaik dengan Shuhada, Hafidz berkata, dia menyerahkan semuanya kepada ketentuan Tuhan.

“Saya diminta untuk tidak mengganggu pihak Shuhada dan mengambil keputusan untuk tidak berkomunikasi.

“Tentang jumpa anak, itu urusan antara peguam saya dan Shuhada. Sudah tiga minggu saya tidak bertemu dan hanya berkomunikasi menerusi panggilan video,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes cerai Hafidz dan Shuhada berhubung isu lafaz cerai yang dibuat Hafidz, sebanyak dua kali.

Hakim Syarie Siti Rahman Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai itu.

Sepatutnya, hari ini merupakan pengesahan lafaz cerai pasangan itu, namun mahkamah dimaklumkan terdapat isu baharu behubung isu cerai tersebut.

Kes penceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Dalam prosiding hari ini, Hafidz diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir manakala Shuhada diwakili peguam Nurfarhana Abd Manaf.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya