Hafidz Roshdi tumbuk isteri tiga kali? - Utusan Malaysia

Hafidz Roshdi tumbuk isteri tiga kali?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Hafidz Roshdi sekali lagi berdepan kontroversi apabila didakwa menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di bahagian muka sebanyak tiga kali dalam satu kejadian, semalam.

Sumber berkata, kecederaan tersebut berlaku apabila pasangan tersebut bertengkar sehingga pelakon itu didakwa hilang kawalan dan menumbuk wajah isterinya.

“Kejadian berlaku awal pagi tadi. Mula-mula, mereka bertengkar di dalam sebuah kereta dan Hafidz kemudian menumbuk Shuhada tiga kali di bahagian wajah.

“Gambar yang dimuat naik itu adalah Shuhada. Dia dikejarkan ke hospital dan terpaksa menerima jahitan akibat luka pada wajahnya.

“Shuhada turut menjalani imbasan tomografi berkomputer bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman.Dia sudah dibenarkan pulang,” dakwa sumber tersebut.

Sebelum itu, ibu kepada dua anak itu mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik hantaran memaparkan kecederaan di bahagian kiri wajahnya dipercayai berkaitan kecederaan dialaminya ketika ini.

Nurul Shuhada dalam hantaran sama turut memaklumkan sedang menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan laporan tersebut dan akan memanggill semua saksi-saksi yang terlibat untuk bantu siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya