Hadi saksi utama petisyen batal keputusan PRU15  Parlimen Marang - Utusan Malaysia

Hadi saksi utama petisyen batal keputusan PRU15  Parlimen Marang

TAKIYUDDIN Hassan (empat dari kanan) yang mewakili Abdul Hadi Awang hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA TERENGGANU: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang antara saksi utama yang akan dipanggil berhubung petisyen pembatalan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Marang di Mahkamah Pilihan Raya Terengganu di sini.

Peguam yang mewakili Ahli Parlimen Marang itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Abdul Hadi akan memberi keterangan sebaik pihak pempetisyen selesai mengemukakan saksi mereka.

Menurut beliau, perbicaraan hari ketiga hari ini berlangsung dengan tiga saksi pihak pempetisyen hadir memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani.

“Sehingga kini, prosiding kes masih di peringkat pempetisyen di mana mereka (UMNO) mengemukakan tiga orang saksi. Kita (responden) belum beri keterangan lagi.

“Sebaik selesai saksi pempetisyen memberi keterangan, kita akan bawa kes kita dengan memanggil saksi responden termasuk Ahli Parlimen Marang,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, di  sini, hari ini.

Pada 12 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak bantahan awal Abdul Hadi untuk membatalkan petisyen keputusan PRU15 bagi Parlimen Marang yang difailkan Barisan Nasional (BN).

Mahkamah kemudian menetapkan 6 sehingga 21 Mac ini sebagai tarikh perbicaraan penuh bagi petisyen berkenaan.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya