Hadi beri keterangan saksi perbicaraan petisyen - Utusan Malaysia

Hadi beri keterangan saksi perbicaraan petisyen

ABDUL Hadi Awang (empat, kanan) bersama barisan peguam dan penyokongnya di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini memberi keterangan sebagai saksi perbicaraan petisyen yang difailkan UMNO untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Marang yang dimenanginya.

Ahli Parlimen Marang itu yang merupakan saksi ketiga pihak responden memberi keterangan lebih satu jam pada perbicaraan tersebut di Mahkamah Pilihan Raya Terengganu di sini.

Perbicaraan itu dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hassan Abdul Ghani yang bersidang sebagai Hakim Pilihan Raya.

Sementara itu, Abdul Hadi yang ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu di sini berkata, perbicaraan hari ini berjalan dengan lancar dan beliau menjawab semua soalan diberikan.

“Tak ada apa, biasa (dan) saya jawab semua soalan peguam kita (responden), peguam dia (pempestiyen).

“Insya-Allah kerana tak melibatkan kesalahan undang-undang pilihan raya, (ia) lebih berlaku dari segi perang saraflah kerana UMNO tak menang melalui pilihan raya nak menang melalui mahkamah,” katanya.

Sementara itu, peguam Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mewakili Abdul Hadi berkata, pihak responden sudah selesai memanggil ketiga-tiga saksi mereka dengan Ahli Parlimen Marang itu adalah saksi yang terakhir.

Katanya, ketika ini, pihak pempestiyen belum lagi selesai memanggil saksi bagi pihak mereka.

“Mereka kemukakan saksi (dan apabila selesai), kemudian kita akan berhujah,” katanya.

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 12 Februari lalu menolak bantahan awal yang dikemukakan Abdul Hadi untuk membatalkan petisyen keputusan PRU15 bagi Parlimen Marang yang difailkan calon BN.

Hassan kemudian menetapkan 6 hingga 21 Mac sebagai tarikh perbicaraan penuh bagi petisyen berkenaan.

Pada 3 Januari lalu, Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.

Petisyen membabitkan tiga Parlimen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya