Graduan UiTM agih tudung secara percuma

Graduan UiTM agih tudung secara percuma

HANIM Sophia Mohd. Sohor (kiri) mengagihkan tudung secara percuma kepada wanita di bandar Marang, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang pempengaruh media sosial terkenal di Terengganu mengambil inisiatif mengedarkan tudung secara percuma sebagai galakan kepada golongan wanita menutup aurat mengikut syariah.

Hanim Sophia Mohd. Sohor, 25, yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Bharu, Kelantan berkata, dia mengagihkan tudung tersebut hasil gift yang diperolehnya ketika membuat siaran langsung di TikTok.

Katanya, selepas tamat pengajian tahun lalu, dia memfokuskan kepada kerja-kerja amal bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan menghasilkan video-video yang bermanfaat untuk dimuat naik ke aplikasi media sosial itu.

“Sudah pastilah Terengganu menjadi lokasi utama latar belakang untuk setiap video yang saya hasilkan dan dari situlah saya dapat idea mahu menyumbang semula kepada penduduk Terengganu khususnya golongan wanita.

“Saya mengagihkan kira-kira 100 helai tudung bawal secara percuma kepada wanita di sekitar Marang sejak 13 Februari lalu.

“Pengagihan tudung percuma ini akan saya teruskan dari semasa ke semasa sebagai kerja dakwah agar lebih ramai wanita menjaga aurat mengikut syariah Islam,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Hanim Sophia merupakan pemenang pertandingan video pendek sempena penganjuran Terengganu ‘Hijab Day’ di sini baru-baru ini.

Anak kelima daripada tujuh beradik itu berkata, dia juga akan memanfaatkan TikTok untuk terus berdakwah kepada orang ramai dan mempopularkan Terengganu sebagai lokasi pelancongan yang menarik di negara ini.

Dia yang menggunakan nama komersial ‘Ratu Penyu’ di TikTok berharap lebih ramai anak muda menggunakan teknologi komunikasi terkini untuk menjana pendapatan sebagai sumber rezeki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya