PETALING JAYA: Ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu, graduan baharu sepatutnya tidak mempersoalkan gaji permulaan kerja yang rendah sebaliknya mempelajari untuk berdaya saing dalam dunia pekerjaan. Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, gaji permulaan bagi para graduan baharu di sektor swasta adalah ditentukan kemampuannya terhadap keperluan tempat kerja. Menurutnya, ini adalah dengan menilai kebolehan yang ada pada graduan tersebut dalam menyumbang tenaga dan idea bagi memberi kebaikan kepada pertumbuhan perniagaan dalam sesebuah syarikat. “Apabila syarikat memutuskan untuk mengambil graduan baharu sebagai pekerja, jadi mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya