Gajah liar musnah tanaman ditangkap - Utusan Malaysia

Gajah liar musnah tanaman ditangkap

GAJAH liar yang ditangkap di Kampung Durian Burung, Bongor di Gerik Ahad lalu. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seekor gajah liar yang menimbulkan kebimbangan penduduk dan merosakkan tanaman di Kampung Durian Burung, Bongor di sini akhirnya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah jantan seberat 2.2 tan itu ditangkap dalam operasi pada Ahad lalu.

Katanya, mamalia tersebut dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Temenggor.

“Kita menerima laporan berhubung kehadiran mamalia itu sejak dua bulan lalu apabila ada penduduk mendakwa tanaman mereka musnah membabitkan pisang, durian, getah dan kelapa.

“Sehubungan itu, Perhilitan melalui Unit Tangkapan Gajah (UTG) membuat kawalan di kampung berkenaan sebelum berjaya menangkap haiwan liar itu pada Ahad lalu,” katanya di sini hari ini.

Menurut Yusoff, hanya seekor gajah sahaja dikesan di kawasan berkenaan dan haiwan itu akan dipindahkan ke Pusat Koservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.

“Gajah itu akan ditempatkan di kawasan bersesuaian dan pemantauan berterusan akan dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya