Gagal bayar denda, lelaki rasuah polis dipenjara - Utusan Malaysia

Gagal bayar denda, lelaki rasuah polis dipenjara

N. SURESH RAO (tengah) diiringi pegawai SPRM ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini bagi menghadapi pertuduhan memberi rasuah kepada anggota polis minggu lalu. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang penganggur dikenakan hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas kesalahan memberi rasuah kepada anggota polis, minggu lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, N. Suresh Rao, 45, terpaksa meringkuk di Penjara Tapah selepas gagal menjelaskan denda berkenaan.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad sebelum itu menetapkan tertuduh perlu menjalani hukuman penjara selama satu bulan dari tarikh ditangkap pada 7 Mac lalu sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat Ainul Shahrin selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan terhadapnya dalam bahasa Melayu.

Mahkamah turut memerintahkan wang rasuah RM200 dilucut hak kepada kerajaan Malaysia di bawah Seksyen 40(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memberi suapan iaitu wang tunai berjumlah RM200 kepada Koperal Raja Mohamad Yusoff Raja Shariffudin di hadapan kedai di Jalan Persiaran Batu Gajah Perdana, Batu Gajah pada pukul 6 petang, 7 Mac 2023.

Suapan itu diberikan sebagai dorongan untuk anggota polis terbabit tidak melakukan tangkapan ke atas tertuduh kerana mempunyai rekod pesalah yang dikehendaki oleh pihak polis bersangkut ‘Kepong Report 00010118/14’.

Pendakwaan terhadap lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara tidak sampai 10 tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya