Festival Makanan Antarabangsa Johor dan Muzik Nusantara

Festival Makanan Antarabangsa Johor dan Muzik Nusantara sasar 300,000 pengunjung

IFA RAZIAH menunjukkan logo Festival Makanan Antarabangsa Johor dan Muzik Nusantara 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 45 artis popular tanah air turut meme­riahkan penganjuran Festival Makanan Antarabangsa Johor (FMAJ)dan Muzik Nusantara 2023 yang diadakan di Stadium Tertutup Pasir Gudang selama tiga hari hingga esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors, Datuk Saripah Raziah atau lebih dikenali sebagai Ifa Raziah berkata, orang ramai berpeluang beramah mesra de­ngan artis-artis berkenaan kerana majoriti daripada mereka turut membuka gerai jualan untuk memasarkan pelbagai produk.

Antara artis yang hadir terma­suk Noraniza Idris, Ramlah Ram, Datuk AC Mizal, Lan Solo, Mawi, Fuad Rahman, dan Tom.

“Menerusi program ini, kami akan tampilkan artis-artis kelahiran Johor bagi memberikan peluang kepada peminat mereka untuk bertemu dan bersapa de­ngan idola mereka.

“Menariknya, kita turut bawakan rakan-rakan artis dari Si­ngapura dan Indonesia bagi sama-sama menyokong industri seni rantau Nusantara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Ifa Raziah berkata, sungguhpun program tersebut dilihat se­perti sebuah program berbentuk hiburan, namun ia juga bertujuan untuk menyokong sektor ekonomi dan pelancongan setempat.

“Kita juga sedar dengan bencana banjir yang sedang me­landa negeri ini. Oleh demikian kita akan menyediakan tabung bencana banjir kilat yang akan dile­takkan di gerai bagi memboleh­kan pengunjung menghulurkan sumbangan.

“Kesemua wang yang disumbangkan itu akan diserahkan kepada Tourism Johor untuk diagih-agihkan kepada pihak berkenaan secara telus. Ini adalah antara langkah proaktif yang kita ambil dan juga sebagai tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat setempat yang sedang diuji de­ngan banjir,” katanya.

Pihak penganjur menyasarkan festival tersebut mampu menarik kira-kira 300,000 pengunjung.

Selain jualan pelbagai jenis makanan dan produk, orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan artis-artis dan pemuzik dari tiga negara. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya