Farid Kamil hadir ke mahkamah membawa jambangan ros merah

Farid Kamil hadir ke mahkamah bawa jambangan ros merah

Diana Danielle dan Farid Kamil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon, Farid Kamil hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling hari ini dengan membawa jambangan bunga ros merah.

Sebaik sahaja melihat susuk tubuh isterinya, Diana Danielle yang sedang menunggu di dalam Dewan Mahkamah 1, lelaki terbabit dilihat memberikan jambangan bunga itu wanita terbabit.

Jambangan tersebut kemudian diserahkan oleh Diana Danielle kepada pengawal peribadinya.

JAMBANGAN bunga yang dibawa pelakon Farid Kamil dan diberikan kepada Diana Danielle di Mahkamah Rendah Syariah Petaling hari ini.

Melihat jambangan tersebut dibawa keluar, Farid Kamil sempat berpesan kepada pengawal peribadi Diana Danielle: “Jangan letak kat bawah (lantai) ya, pegang elok-elok.”

Terdahulu sebelum masuk dewan bicara, Farid Kamil berkata, jambangan bunga itu untuk Diana Danielle sebagai tanda perdamaian pertama.

Pasangan tersebut hadir bagi sebutan kes permohonan cerai yang difaikkan oleh Diana Danielle pada awal bulan ini.

Hari ini, Farid Kamil atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari perlu memaklumkan kepada mahkamah individu yang dilantik bagi mewakilinya dalam Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Pasangan itu diarahkan untuk melalui proses JKP selepas Farid Kamil enggan melafazkan cerai pada prosiding terdahulu.

Diana Danielle memfailkan permohonan tersebut atas alasan beliau tidak lagi boleh hidup sebagai pasangan suami isteri dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya