Enam calon sah rebut jawatan Ketua Puteri UMNO

Enam calon sah rebut jawatan Ketua Puteri UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Enam calon sah merebut jawatan Ketua Puteri UMNO bagi sesi 2023 hingga 2026 pada pemilihan parti itu kali ini.

Menurut senarai calon yang dikeluarkan UMNO Online, enam calon itu terdiri daripada Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar; Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dan Exco Pergerakan Puteri UMNO, Dr Masliha Harun.

Selain itu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin; Exco Puteri UMNO, Fadhwa Anuar dan Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nurul Hazwani Haslan.

Dalam pada itu, tiga calon pula merebut jawatan Naib Ketua Puteri pada pemilihan kali ini.

Mereka ialah Situ Sokleha Nordin, Puteri Farhana Megat Ahmad Shahrani dan Rina Farhana Abdullah.

Sementara itu, seramai 42 calon merebut jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) sayap itu, manakala dua calon menawarkan diri bertanding bagi jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya