Empat sekawan jual 'Air Balang Enam Dara'

Empat sahabat jual ‘Air Balang Enam Dara’

EMPAT sahabat tekad menjual Air Balang Enam Dara dengan perisa keladi, milo, teh bunga, susu caramel, teh susu (teh beng) dan ribena laici di hadapan SMK Pengkalan Chepa 1, KOta Bharu, Kelantan. - FOTO/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Empat sahabat merealisasikan hajat untuk menjual air balang pada Ramadan kali ini dengan simbolik nama ‘Air Balang Enam Dara’ di Jalan Pengkalan Chepa berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 1, di sini.

Walaupun tidak mempunyai pengalaman berniaga sebelum ini, namun Syarifah Nur Syahirah Syed Ahmad Sabri, 30, Nur Ain Abdul Manaf, 28, Nur Ain Syahirah Mohd Yusoff, 27, dan Norfatihah Ismail, 27, tekad menjual air balang terbabit dengan permulaan modal yang dikongsi sebanyak RM3,000.

Kata Syarifah Nur Syahirah, idea untuk menjual air balang sudah lama dirancang mereka yang merupakan kenalan rapat sejak di bangku sekolah dan pada Ramadan kali ini mereka dapat menjalankan perniagaan air balang terbabit selepas masing-masing kini bekerja di Kelantan.

ANTARA dua pilihan air yang menjadi kegemaran ramai iaitu air keladi dan susu caramel. – FOTO/ROSALWANI CHE SOH

“Gerai air balang ini dibuka pada pukul 4 petang sehingga 7 malam dan kami akan ke lokasi gerai selepas tamat waktu bekerja untuk menyiapkan barangan jualan dan membuka payung bersama-sama.

“Kami menghasilkan enam jenis air yang sering mendapat permintaan tinggi dari pelanggan di pasaran termasuk air teh susu, caramel, air teh bunga, milo, keladi dan ribena laici,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Syarifah Nur Syahirah berkata, setakat dua hari menjual di kawasan itu sejak pertama Ramadan, sambutan amat menggalakkan dan mereka menawarkan satu air percuma apabila pelanggan membeli sebungkus air balang dengan harga RM5 sebungkus sepanjang awal Ramadan ini.

Menurut Syarifah Nur Syahirah lagi, pada hari pertama jualan dia dan rakannya diuji dengan meja jualan yang dipasang runtuh dan kesemua air balang hampir tumpah.

“Namun keadaan itu tidak melemahkan semangat kami memandangkan kami tekad untuk berniaga dan memajukan perniagaan kami ke peringkat yang lebih baik selepas ini dan turut merancang untuk memiliki sebuah kedai suatu hari nanti.

“Alhamdullilah permulaan jualan kali ini kami dapat menjual 20 hingga 50 bungkus air balang sehari dan sambutan mengalakkan.

“Lokasi gerai jualan juga sangat strategik dan mudah untuk orang ramai berhenti membeli kerana ia berhampiran laluan utama jalan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya