Elak jadikan pemilihan medan keruhkan perpecahan UMNO

Elak jadikan pemilihan medan keruhkan perpecahan – Mohamed Khaled

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli UMNO diingatkan untuk tidak menjadikan Pemilihan UMNO 2023 sebagai satu platform untuk mengeruhkan lagi perpecahan dalam parti itu. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana pertandingan parti itu perlu menjadi medan untuk menyatukan semua ahli. 

“Pemilihan UMNO kali ini mesti kita jadikan medan untuk menyatu. Bukan untuk memburukkan lagi perpecahan antara kita. 

“Kerana kita perlu bersama-sama menguat dan mengukuhkan parti selepas ini. Gunakanlah hak kita ini dengan cermat, teliti dan bijaksana,” katanya menerusi hantaran di Twitter, hari ini. 

Media sebelum ini melaporkan, pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac depan. 

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat pula diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac. 

Bagi jawatan Naib Presiden, lapan individu termasuk Mohamed Khaled bersaing merebut jawatan tersebut antaranya Ahli MT, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Hasni Mohammad serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. 

Selain mereka, ahli MT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, penyandangnya, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa @ Jamaludin. 

Sementara itu, seramai 95 calon yang layak bertanding untuk mengisi jawatan Ahli MT UMNO; dua calon Ketua Wanita; empat calon Ketua Pemuda dan enam calon Ketua Puteri. –utusan

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya