KUALA LUMPUR: Pelakon, Eina Azman menepis dakwaan netizen yang mengaitkan suaminya curang.
Menerusi maklum balas terhadap komen seorang netizen, Eina atau nama sebenar Ainur Syakina Azman, 27, memaklumkan suaminya tidak pernah curang, malah telah difitnah netizen.
“Salam…betul apa? Oh, yang fitnah netizen cakap suami saya curang?
“Saya tak pernah cakap suami saya curang. You all yang fitnah suami saya.
“Tiada apa yang kelakar di sini, terima kasih,” jawabnya.
Respons tersebut dilayangkan Eina bagi membalas serangan provokasi netizen di media sosial.
Eina baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila merakam dirinya sedang menangis dan memuat naik video tersebut di TikToknya.
Tindakan itu menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen sehingga ada yang mendakwa suami kepada pelakon tersebut, curang.