Dulu mula berlakon, tak tidur tiga hari pun pernah - Ruhainies - Utusan Malaysia

Dulu mula berlakon, tak tidur tiga hari pun pernah – Ruhainies

RUHAINIES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Dulu saya pernah tak tidur tiga hari. Redah hujan, panas tanpa bantahan. Semua itu kerana saya betul-betul mahu berjaya sebagai pelakon.”

Itu luahan pelakon, Ruhainies apabila ditanya kesukaran yang pernah ditempuhi ketika awal penglibatan dalam dunia seni.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ruhainies berkata, dia tidak pernah berkata ‘tidak’ dan menerima apa sahaja tawaran yang datang sebelum ini kerana mahu menimba sebanyak mana pengalaman.

“Kalau ada yang kata saya selektif, semestinya. Saya sudah hampir satu dekad dalam industri seni. Kalau dulu mungkin saya terima semua tawaran yang ada.

“Ketika itu saya mahu bina nama, pastikan penerbit dan pengarah kenal siapa Ruhainies. Sebab itu, watak apa sekali pun saya terima asalkan tidak melampaui batas.

“Alhamdulillah, sekarang nama sudah stabil. Sudah boleh memilih naskhah. Bagi saya itu adalah satu peningkatan dalam karier seorang pelakon,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya adakah dia bersedia untuk memperlahankan karier lakonan sekiranya sudah mendirikan rumah tangga kelak, pelakon Jejak Karmila itu menjawab tidak.

“Dia (bakal suami) perlu menerima hakikat saya seorang pelakon dan menghormati minat mendalam saya terhadap dunia seni. Tetapi ada syarat-syarat dan batas yang saya tahu serta akan patuhi.

“Setakat ini memang tiada perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Calon pun tiada. Jadi lebih baik saya fokus dengan kerjaya dulu. Banyak lagi yang saya mahu raih,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya