Duda dipenjara lima bulan tunjuk kemaluan

Duda dipenjara lima bulan tunjuk kemaluan

AHMAD Zuhairi Ahmad Fadlah (tengah) dibawa anggota polis selepas dipenjara lima bulan kerana menunjuk kemaluannya di Mahkamah Majistret Yan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Padah menunjukkan kemaluan kepada dua wanita, seorang lelaki dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini bagi kesalahan dilakukan, kira-kira sebulan lalu.

Majistret Anis Suraya Ahmad menjatuhkan hukuman terhadap Ahmad Zuhairi Ahmad Fadlah, 26, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa hendak mengaibkan kehormatan wanita berumur 27 dan 20 tahun dengan menunjukkan kemaluan supaya isyarat itu dilihat mereka di tepi jalan Batu 22, Jalan Teroi menghala ke Sungai Yan, pada 11.45 pagi, 5 Februari lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Masnini Mat Daud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kejadian terbabit berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Keda, Sungai Udang di sini, sebelum seorang penunggang motosikal tiba-tiba membuka zip seluar dan memegang kemaluannya.

Walaupun ketakutan, dia sempat merakam aksi lelaki itu menggunakan telefon bimbit sebelum memecut laju pulang ke rumah dan melaporkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan selepas itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya