Dua individu ditahan bantu siasatan kes bunuh pekerja ladang

Dua individu ditahan bantu siasatan kes bunuh pekerja ladang

MOHD AZMAN AWANG SAPRI (tengah) dalam sidang akhbar di Kuching hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Polis menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung satu kes bunuh yang berlaku di sebuah ladang di Lundu pada 10 Mac yang lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri mendedahkan dua individu terbabut masing-masing berumur 24 dan 25 tahun ditahan di hadapan Bangunan CIQ Biawak, Lundu, semalam untuk disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pasukan polis turut merampas sebatang senjata yang dipercayai digunakan untuk menyerang manga dalam kejadian terbabit.

“Siasatan terperinci akan dijalankan dari pelbagai sudut dan hasil siasatan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tujuan pertuduhan,” jelasnya.

Ujar Mohd Azman, pada 10 Mac kira-kira jam 9.20 malam yang lalu pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku di hadapan ladang Polima Sdn. Bhd, Lundu.

“Hasil siasatan mendapati suspek telah bertindak agresif dengan menyerang mangsa yang merupakan seorang pekerja ladang berumur 25 tahun di bahagian kepala dan muka sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya