Dua ditahan bersama 14,000 biji pil yaba - Utusan Malaysia

Dua ditahan bersama 14,000 biji pil yaba

PIL yaba yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah sewa di kawasan Kamunting, Taiping semalam. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis merampas 14,000 biji pil yaba dianggarkan bernilai RM280,000 selepas menahan dua sekawan disyaki pengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kamunting, Taiping semalam.

Wanita berusia 34 tahun dan rakan lelakinya berusia 50 tahun itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada pukul 11.10 malam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, hasil pemeriksaan di rumah sewa itu menjumpai 14,000 biji pil yaba dengan anggaran berat 1.43 kilogram (kg).

Katanya, ujian saringan air kencing telah dilakukan ke atas kedua-dua suspek dan mendapati suspek wanita positif dadah jenis methamphetamine.

“Sindiket ini dipercayai mula aktif sejak September tahun lalu di mana dadah yang dirampas adalah diedar untuk pasaran tempatan.

“Jumlah dadah yang dirampas itu boleh digunakan untuk 14,000 orang penagih dadah,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, semakan rekod jenayah mendapati dua suspek tersebut mempunyai rekod kesalahan bersabit kes jenayah.

Katanya, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita sebuah kereta jenis Proton X50 dan Proton Wira bernilai RM103,500.

“Dua suspek kini direman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga Selasa depan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya