Dr. Mahathir silap pilih tempat bergantung - Hashim - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir silap pilih tempat bergantung – Hashim

HASHIM JASIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menganggap bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad memilih tempat bergantung yang reput apabila menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Beliau berkata, pilihan bekas Perdana Menteri itu tidak tepat kerana masih terdapat parti lain yang lebih kukuh dalam memperjuangkan kepentingan Melayu, agama Islam, raja-raja dan Perlembagaan,

“Saya rasa tak berapa tepat (Dr. Mahathir sertai Putra), kerana bukan dasar parti itu tak elok, tapi dahannya dah reput.

“Tempat pergantungan tidak kemas, sedangkan ada dahan-dahan (parti) lain yang lebih hebat… Kenapa dia (Dr. Mahathir) tak boleh fikir?,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Taujihat Pimpinan Sempena Hari As-Sabiqun di Rusila di sini, malam tadi.

Pada 1 Februari lalu, Dr. Mahathir menyertai Putra dan dilantik sebagai penasihat Putra itu.

Dr. Mahathir menyifatkan penyertaannya dalam Putra kerana beliau memerlukan sebuah  platform untuk terus memperjuangkan kaum Melayu.

Sebelum itu, pada 10 Februari lalu, beliau bersama 12 ahli lain mengumumkan keluar daripada Pejuang yang diasaskannya berikutan tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).

Bagaimanapun, Hashim memberitahu, Dr. Mahathir tidak pernah menyatakan hasrat untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, PN sentiasa terbuka untuk menerima penyertaan daripada bekas ahli dan pemimpin parti-parti lain.

“Kita terbuka sampai sekarang, tok guru Haji Hadi (Presiden Pas, Tan Sri Hadi Awang) pun ulang benda sama. Kalau Tun nak sertai PN kita boleh runding,” katanya. – UTUSAN

habis

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya