Doktor kontrak: Kekal fokus, mogok tak selesai masalah

Doktor kontrak: Kekal fokus, mogok tak selesai masalah

Sebanyak 1,118 doktor kontrak daripada 5,489 yang ditawarkan sebagai pegawai perubatan tetap menolak tawaran tersebut. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) menyeru kepada semua penjawat awam termasuk petugas di sektor kesihatan kekal fokus melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. 

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, setiap permasalahan yang timbul tidak wajar diterjemahkan dengan tindakan yang boleh menjejaskan tugas di sektor masing-masing. 

“Tindakan mogok tidak menyelesaikan sebarang permasalahan bahkan boleh mengakibatkan lebih banyak masalah terutama kepada rakyat yang mahukan perkhidmatan terbaik daripada kita sebagai penjawat awam. 

“Kegagalan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam sudah tentu akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap penjawat awam dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Media sebelum ini melaporkan, lebih 8,000 doktor kontrak dijangka mengadakan protes dengan mengambil cuti perubatan atau kecemasan secara beramai-ramai mulai Isnin hingga Rabu. 

Protes itu dilaporkan sebagai satu tanda menentang sistem yang tidak adil dan gaji di paras rendah.

Susulan itu, penganjur kempen mogok doktor kontrak itu menasihatkan orang awam supaya tidak mengunjungi hospital awam dan klinik-klinik kesihatan pada tempoh berkenaan kerana mereka berkemungkinan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya