Doktor jangan terburu-buru mogok, beri masa kerajaan selesai isu - Utusan Malaysia

Doktor jangan terburu-buru mogok, beri masa kerajaan selesai isu

MOHIDEEN ABDUL KADER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melahirkan kebimbangan berhubung kempen mogok oleh doktor kontrak yang dikatakan akan berlangsung antara 3 hingga 5 April ini.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, kumpulan doktor berkenaan tidak seharusnya mengambil keputusan terburu-buru seperti mengugut untuk meletak jawatan secara beramai-ramai dan melancarkan mogok di seluruh negara.

Menurut beliau, ini memandangkan kerajaan ketika ini sudah berjanji akan menyelesaikan masalah doktor kontrak itu, sekali gus seharusnya diberikan sedikit masa ke arah penyelesaian tersebut.

Jelasnya, doktor kontrak seharusnya memberikan pertimbangan yang mana dianggarkan lebih 70 peratus penduduk Malaysia tidak mempunyai sebarang cara perlindungan kewangan tambahan bagi rawatan perubatan, selain perlindungan penjagaan kesihatan yang dibiayai oleh cukai sedia ada yang disediakan oleh kerajaan.

Ujarnya, bagi pesakit, mogok akan menimbulkan banyak masalah seperti kehilangan kerja (jika bekerja), membazir wang bagi pengangkutan, kelewatan untuk rawatan, penderitaan berpanjangan, kerosakan yang tidak dapat dipulihkan kepada kesihatan, gangguan ubatan berbahaya dan kematian.

“Di samping itu, mogok itu juga melanggar kontrak sosial yang tersirat antara doktor dan pesakit dan menafikan pengisytiharan perkhidmatan, kod dan prinsip etika yang diisytiharkan secara terbuka oleh doktor.

“Mogok itu juga akan menjejaskan segmen penduduk yang paling lemah dan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak kecil.

“Oleh sebab itu, adakah beretika bagi doktor untuk melakukan mogok untuk keuntungan material?” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohideen, dalam amalan doktor perubatan diletakkan amat dekat dengan emosi manusia yang sangat intim, kerapuhan, kekuatan dan kelemahan pesakit dalam hidup dan mati.

Katanya, sebagai saksi kepada situasi yang begitu kuat, imej doktor sebagai tokoh utama dalam apa yang diistilahkan sebagai hubungan penyembuhan berisiko tercalar dalam kes mogok oleh doktor.

“Visi doktor sebagai penyembuh yang tidak mementingkan diri sendiri akan menjadi lebih jelas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya