SUNGAI BULOH: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan agihan dividen 2022 lebih rendah sebanyak 5.35 peratus untuk simpanan konvensional dan 4.75 peratus untuk simpanan syariah.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada taklimat prestasi kewangan KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara, di sini, hari ini.
Pada 2021, dana persaraan itu mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10 peratus membabitkan agihan RM50.45 bilion bagi simpanan konvensional dan 5.65 peratus bagi simpanan syariah, yang berjumlah RM6.27 bilion menjadikan jumlah agihan terkumpul untuk 2021 sebanyak RM56.72 bilion. – UTUSAN