Dilantik Pengerusi Kejurulatihan MHC penghargaan buat Mohd. Sayuti - Utusan Malaysia

Dilantik Pengerusi Kejurulatihan MHC penghargaan buat Mohd. Sayuti

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Presiden Persatuan Hoki Perak (PHP), Mohd. Sayuti Abdul Samad berterima kasih kepada Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal kerana melantiknya sebagai Pengerusi Kejurulatihan badan induk itu.

Mohd. Sayuti menyifatkan pelantikan itu sebagai pengiktirafan kepadanya sebagai bekas penjaga gol kebangsaan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Subahan di atas pelantikan ini, ia satu penghargaan kepada saya,” katanya.

Mohd. Sayuti, 65, menggantikan Subahan sebagai Pengarah Kejurulatihan MHC manakala tempat beliau sebagai Ahli Lembaga Eksekutif badan induk itu kini digalas oleh Presiden Persatuan Hoki Selangor, S. Ganesh.

Mohd Sayuti, seorang bekas pemain kebangsaan yang beraksi sebagai penjaga gol dengan 45 caps.

Antara tugas yang diberikan adalah untuk memastikan jurulatih dapat meningkatkan tahap mereka.

Menurut Mohd. Sayuti, dia akan memanggil mesyuarat kali pertama jawatankuasa kejurulatihan itu dalam tempoh terdekat.

Perubahan struktur itu adalah sebagai usaha pembangunan hoki negara di peringkat bawahan dan kebangsaan dalam misi menyaingi negara kuasa hoki lain.

Presiden MHC itu juga telah melantik Ketua Cawangan Komersial Institut Sukan Negara (ISN), S. Nishel Kumar Silvaraja sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bermula 1 Mac lalu bagi membantu aspek pengurusan badan induk hoki berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya