Dicekup khalwat dengan ibu tunggal, lelaki beri alasan mudah untuk berulang alik kerja

Dicekup khalwat dengan ibu tunggal, lelaki beri alasan mudah untuk berulang alik kerja

PENGUATKUASA PADK melakukan soal siasat terhadap pasangan bukan suami isteri di Taman Jelutung, Kulim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang pemuda berusia 27 tahun memberi alasan, lebih senang untuknya berulang alik ke tempat kerja ketika ditangkap berkhalwat di rumah seorang wanita berstatus ibu tunggal di Taman Jelutung, di sini awal pagi ini.

Lelaki yang bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel di daerah ini berasal dari Sungai Petani dan turut menyatakan dia akan berkahwin dengan wanita berusia 49 tahun tersebut pada 18 Mac ini, namun belum membuat sebarang permohonan bernikah.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pasangan terbabit dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah  Kulim (PADK) pada pukul 1.42 pagi.

“Pemeriksaan dilakukan selepas kita menerima aduan awam dan siasatan kemudian menemukan wanita terbabit dan lelaki itu berada dalam rumah itu dan mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Ketika serbuan dilakukan, anak perempuan kepada wanita tersebut turut berada dalam kediaman berkenaaan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Anwar Sharifudin, hasil soal siasat terhadap lelaki terbabit mendapati dia mengenali  ibu tunggal berkenaan melalui aplikasi WeChat kira-kira tujuh bulan lalu.

Katanya, mereka ditahan untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Balai Polis Kulim bagi laporan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014.

“Sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya