Di mana 'sahabat' Shuib ketika dia susah? Cukuplah dia ditindas, dihina - Ibu Shuib - Utusan Malaysia

Di mana ‘sahabat’ Shuib ketika dia susah? Cukuplah dia ditindas, dihina – Ibu Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu kepada penyampai radio dan usahawan, Shuib tampil bersuara mempertahankan anaknya selepas dikecam berikutan isu penarikan diri daripada Sepahtu Reunion Live (SRL)

Salamiah Jalani berkata, sebagai ibu, dia tidak sanggup lagi melihat anaknya dikecam dan dihina oleh segelintir warganet yang tidak mengetahui jalan cerita penarikan dirinya dari SRL.

“Sebagai ibu, saya menyokong tindakan Shuib untuk tidak menyertai SRL ketika ini. Itu lebih baik buat anak saya dari terus menerus ditindas dan diperlakukan seperti orang yang tidak bermaruah.

“Dia memilih untuk membawa haluan sendiri bukan kerana ego atau lupa diri, tetapi lebih menjaga maruahnya dari terus dipijak orang tanpa memikirkan perasaannya.

“Tetapi apa yang lebih membuat Shuib sedih kerana mereka adalah rakan seperjuangan dan orang yang dikenali sebelum dia menjadi artis,” ujarnya dalam hantaran di Instagram.

Terdahulu, pelawak, Jep Sepahtu mendakwa penarikan diri Shuib dalam SRL berpunca daripada tindakannya melakukan babak lucah sehingga menerima kecaman ramai.

Disebabkan itu, pelawak itu digantung dan perlu memohon maaf sebagai pengajaran tetapi dia menarik diri seolah-olah tidak dapat menerima keputusan tersebut.

Dalam pada itu, Salamiah turut mempersoalkan keberadaan ‘sahabt perjuangan’ Shuib ketika anaknya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa tahun lalu.

“Di mana yang dikatakan sahabat apabila rakan seperjuangan dikenakan tindakan, tiada seorang pun yang mempertahankan. Malah, dia dimaki dan dihina sahabat sendiri di hadapan khalayak.

“Ketika dia masih dalam siasatan SPRM dan belum dijatuhkan hukuman bersalah, dia sudah dilayan macam orang bersalah oleh sahabat sendiri. Diperli dan dimalukan seolah-olah macam tiada maruah.

“Untuk apa kita hanya menjadi baik di hadapan orang ramai tetapi di belakang kita sebaliknya. Disebabkan itulah jawapannya sentiasa tergantung kerana dia masih mahu menjaga aib seseorang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya