Dewan Rakyat lulus RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023

Dewan Rakyat lulus RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Ia bagi menambah baik dan memberi perlindungan terhadap saksi kanak-kanak dengan menaikkan umur kepada 18 tahun.

RUU itu diluluskan melalui undian suara selepas ia dibentangkan bacaan kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau dalam bacaan kali kedua berkata, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 (Akta 676) tidak pernah dipinda selama 16 tahun sejak ia dikuat kuasa, sekali gus terdapat kaedah baharu yang perlu diperkenal dan dilaksanakan di negara lain untuk dicontohi.

“Justeru, kerajaan berpandangan sudah tiba masanya Malaysia mempelajari dan mempraktikkan amalan terbaik yang dipraktikkan di seluruh dunia dalam perkara ini bagi mempertingkat undang-undang kita supaya selaras dan setara dengan piawaian antarabangsa,” katanya.

Azalina berkata, ketika kes tertentu sudah mendapat perhatian pihak berkuasa, kanak-kanak itu akan dipanggil untuk memberi keterangan dan selepas itu pihak berkuasa  menentukan pendakwaan terhadap tertuduh di mahkamah.

“Susulan itu, kanak kanak ini mungkin terpaksa menunggu tempoh perbicaraan yang agak panjang disebabkan penangguhan yang berlaku dan akhirnya apabila dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah berkemungkinan ingatannya sudah kabur.

“Malah cara atau kaedah soal jawab oleh peguam bela yang menakutkan berkemungkinan menyebabkan tertuduh tidak berjaya disabitkan atas kesalahan. Perkara ini akan menjadi sia-sia. Suasana di mahkamah sering menakutkan orang dewasa, apatah lagi kepada kanak-kanak,” katanya.

Maka sebab itu, beliau menjelaskan, adalah penting untuk mengadakan sesi pendengaran khas bagi membolehkan keterangan saksi kanak-kanak direkod sepenuhnya lebih awal sebelum ingatan mereka pudar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya