Dewan MAEPS: Setiausaha Politik Sanusi dakwa Mohamad Sabu berbohong 

Dewan MAEPS: Setiausaha Politik Sanusi dakwa Mohamad Sabu berbohong 

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu didakwa berbohong dalam isu membabitkan kelulusan program Iftar Bersama Anak-Anak Kedah Di Perantauan Bersama Menteri Besar (MB) Kedah  di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor. 

Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Hilmi Abd. Wahab berkata, beliau yang bertanggungjawab menguruskan tersebut sudah melantik sebuah syarikat katering untuk menyediakan makanan dan menyewa Dewan A, MAEPS. 

“Pada 23 Mac lalu, saya bersama jawatankuasa pergi bermesyuarat di MAEPS bersama caterer dan pengurusan MAEPS serta bersetuju dengan kadar sewa RM70,000. 

“Pada 24 Mac lepas,  iklan mengenai program berbuka puasa anak perantau disebarkan. Pada 29 Mac, pihak katering memaklumkan saya bahawa pihak pengurusan MAEPS terpaksa membatalkan sewa dewan setelah dihubungi pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) tidak membenarkan sewa kepada majlis tersebut dengan alasan ada kehadiran Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Nor). 

“Tak kan kut nak nyanyi…siakap senohong, gelama ikan duri (bercakap bohong lama-lama mencuri),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Terdahulu, Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara pelik dengan dakwaan Muhammad Sanusi bahawa kelulusan sewaan dewan majlis berbuka puasa itu ditarik balik pihak kementerian. 

Sedangkan, katanya, tempahan lokasi majlis berbuka puasa anak Kedah di perantauan itu belum diluluskan dengan Pengurusan Dewan MAEPS belum keluarkan apa-apa surat setuju terima. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya