Data pembayar cukai dalam MyTax selamat, terjamin

Data pembayar cukai dalam MyTax selamat, terjamin

cukai
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menegaskan kerahsiaan data pembayar cukai di platform MyTax adalah selamat dan terjamin.

LHDN dalam kenyataan memaklumkan, ini kerana platform itu diindungi oleh teknologi keselamatan data yang diiktiraf.

Ia susulan dakwaan isu kebocoran data pembayar cukai yang sedang tular di media sosial dengan mendakwa segala maklumat peribadi pembayar cukai boleh dicapai dengan mudah melalui platform MyTax.

“LHDN amat memandang serius berkenaan isu ini dan meletakkannya sebagai keutamaan tertinggi dalam usaha meningkatkan keyakinan serta kepercayaan pembayar cukai terhadap perkhidmatan yang diberikan dalam urusan pentadbiran percukaian.

“Oleh demikian, LHDN akan terus berusaha menambahbaik mutu perkhidmatan dan bertindak secara proaktif dan telus bagi menangani isu ini,” katanya hari ini.

LHDN meminta orang ramai boleh berhubung dengan pihaknya jika ada sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya