Cukai jualan LVG import ditangguh

Cukai jualan LVG import ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menangguhkan tarikh kuat kuasa peluasan skop kenaan cukai jualan barangan import bernilai rendah (LVG) kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, penangguhan itu turut melibatkan kenaan duti eksais ke atas produk penyediaan pra-campuran dengan kandungan gula tinggi melebihi nilai ambang 33.3 gram/100 gram dan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penghantaran barang.

Menurutnya, ketiga-tiga inisiatif ini disyorkan bermula pada tahun ini, namun mengambil kira keperluan pihak industri yang memerlukan tempoh masa secukupnya untuk membuat persediaan terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), terdapat keperluan untuk menetapkan semula tarikh kuat kuasa pengenaan ketiga-tiga duti dan cukai tersebut.

“Penangguhan tersebut dapat memberi ruang kepada pihak industri untuk membuat penyelarasan ke atas model perniagaan mereka, pelaksanaan latihan dan penyediaan dokumentasi.

“Selain itu, kerajaan juga dapat memperhalusi semua aspek perundangan berkaitan bagi memastikan isu pelaksanaan dapat ditangani dengan sewajarnya,” katanya hari ini.

Kerajaan terdahulu dalam pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 mengumumkan cadangan mengenakan duti eksais ke atas produk penyediaan pra-campuran dengan kandungan gula yang tinggi melebihi nilai ambang 33.3 gram/100 gram, cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penghantaran barang dan cukai jualan ke atas LVG.

Kenaan duti eksais ke atas produk penyediaan pra-campuran adalah untuk meneruskan usaha kerajaan membendung peningkatan penyakit diabetes, obesiti dan lain-lain penyakit tidak berjangkit yang dikaitkan dengan pemakanan yang tidak seimbang.

Peluasan skop kenaan cukai perkhidmatan meliputi perkhidmatan penghantaran barang oleh syarikat bukan kurier pula bertujuan memberikan layanan sama rata di antara semua penyedia perkhidmatan penghantaran barang yang mana buat masa ini hanya perkhidmatan disediakan syarikat kurier dikenakan cukai perkhidmatan.

Peluasan skop kenaan cukai jualan meliputi LVG iaitu barang bernilai RM500 ke bawah yang dijual secara online oleh peniaga luar negara dan diimport ke Malaysia adalah bagi memberikan layanan sama rata di antara barangan keluaran tempatan dan barangan yang diimport bertujuan untuk merancakkan lagi permintaan domestik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya