Cuaca cerah bantu pulih banjir di Johor - Utusan Malaysia

Cuaca cerah bantu pulih banjir di Johor

KAWASAN kebun kelapa sawit di Kampung Pogoh, Segamat yang masih digenangi banjir termenung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di negeri ini yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 38,456 orang kelmarin ekoran keadaan semakin pulih terutama dengan cuaca cerah sejak beberapa hari lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu melibatkan 10,711 keluarga berbanding 38,587 orang daripada 10,747 keluarga.

Katanya, kesemua me­reka berada di 123 PPS di empat daerah yang masih terjejas iaitu Segamat, Batu Pahat, Muar dan Tangkak.

Jelasnya, cuaca cerah sejak beberapa hari lalu menyebabkan jumlah mangsa banjir di Batu Pahat berkurangan menjadi 37,717 berbanding 37,827 orang yang direkodkan pukul 8 pagi semalam.

“Turut mencatatkan penurunan ialah jumlah mangsa banjir di Segamat yang berkurangan daripada 193 menjadi 172 orang pada tengah hari ini (semalam),” katanya.

Walau bagaimanapun Azmi memberitahu, banjir termenung di Muar dan Tangkak menyebabkan jumlah mangsa banjir di daerah itu tidak berubah, iaitu seramai 504 orang di Muar dan 63 di Tangkak.

Beliau yang juga Pe­ngerusi Jawatankuasa Pe­ngurusan Bencana Ne­geri berkata, tiada lagi sungai di negeri ini berada pada paras bahaya.

Dua laluan di Batu Pahat membabitkan Jambatan Sri Dayung dan Klinik Kesihatan Sri Me­dan masih ditutup untuk semua jenis kenderaan.

Turut ditutup untuk semua jenis kenderaan ialah jalan di Asrama Pekerja FTPSB Kahang Barat dan Jambatan GSA Chamek di Kluang serta Jalan Ulu Tebrau-Sungai Tiram di Kulai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya