Chew Kin Wah cipta sejarah, tercalon Piala Maya di Indonesia

Chew Kin Wah cipta sejarah, tercalon Piala Maya di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon berpengalaman, Chew Kin Wah disenarai pendek sebagai 12 Pelakon Pembantu Terbaik Piala Maya 2022 yang bakal berlangsung Disember ini, di Jakarta.

Pencalonan itu berdasarkan watak Koh Afuk dalam filem Cek Toko Sebelah 2 yang berjaya melonjakkan namanya dalam industri perfileman di Indonesia.

Turut tersenarai ialah pelakon, Arswendy Beningswara menerusi filem Before, Now & Then; Yayu Unru (Gara-Gara Warisan); Rukman Rosadi (Inang); Umay Shahab (Mencuri Raden Saleh); Denny Sumargo (Miracle In Cell No.7); Boris Bokir dan Indra Jegel (Ngeri-Ngeri Sedap).

Calon lain pula ialah Jerome Kurnia (Penyalin Cahaya); Iwa K dan Nugie (Sayap-Sayap Patah) serta Elang El Gibran (Srimulat: Hil Yang Mustahal Babak Pertama).

Piala Maya adalah penghargaan filem tahunan di Indonesia yang dibentuk oleh penggemar filem Indonesia melalui akaun Twitter FILM_Indonesia.

Penghargaan ini kali pertama diadakan pada 15 Disember 2012 di Jakarta.

Sebelum ini, Kin Wah pernah meraih anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Festival Filem Tempo Jakarta pada 2017, menerusi filem Cek Toko Sebelah.

Filem sama juga melayakkan dirinya merangkul anugerah bagi kategori sama di Indonesian Box Office Movie Awards 2017 (IBOMA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya