Bungkusan ganja kepada ahli politik: Belum ada tangkapan - Polis

Bungkusan ganja kepada ahli politik: Belum ada tangkapan – Polis

POLIS merampas satu tiub ubat gigi berpenutup berwarna hijau dan putih bercorak daun ganja tertera tulisan ‘Happy Green’ Dalam serbuan di sebuah hab kurier di Pulau Meranti, Puchong, Selangor. - GAMBAR IPD SEPANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Polis memaklumkan belum ada tangkapan berhubung kes bungkusan ganja yang dialamatkan kepada ahli politik, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, buat masa ini, tiada perkembangan baharu mengenai kes berkenaan.

“Masih tiada tangkapan dan tiada perkembangan baharu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, media melaporkan, polis berjaya merampas satu bungkusan berisi ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada dua ahli politik kerajaan menerusi serbuan di sebuah hab kurier di Pulau Meranti, Puchong pada Jumaat lalu.

Dalam serbuan di sebuah hab kurier di Pulau Meranti, Puchong itu, polis berjaya merampas satu tiub ubat gigi berpenutup berwarna hijau dan putih bercorak daun ganja tertera tulisan ‘Happy Green’.

Sebaik diperiksa, polis menemui pes putih kehijauan disyaki ubat gigi dan estrak daun ganja seberat 80 gram dijumpai dalam bungkusan kotak berwarna coklat.

Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati barang yang dirampas itu tidak mempunyai kaitan dengan ahli politik yang dialamatkan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya