Bungkusan berisi ekstrak ganja dialamat kepada 2 ahli politik dirampas

Bungkusan berisi ekstrak ganja dialamat kepada 2 ahli politik dirampas

POLIS merampas satu tiub ubat gigi berpenutup berwarna hijau dan putih bercorak daun ganja tertera tulisan ‘Happy Green’ Dalam serbuan di sebuah hab kurier di Pulau Meranti, Puchong, Selangor. - GAMBAR IPD SEPANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Satu bungkusan berisi ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada dua ahli politik berjaya dirampas menerusi serbuan di sebuah hab kurier di sini, Jumaat lalu.

Dalam serbuan di Pulau Meranti, Puchong itu, polis berjaya merampas satu tiub ubat gigi berpenutup berwarna hijau dan putih bercorak daun ganja tertera tulisan ‘Happy Green’.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sebaik diperiksa, pihaknya menemui pes putih kehijauan disyaki ubat gigi dan estrak daun ganja seberat 80 gram dijumpai dalam bungkusan kotak berwarna coklat.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati barang yang dirampas itu tidak mempunyai kaitan dengan ahli politik yang dialamatkan.

“Serbuan dibuat hasil maklumat oleh seorang penjawat awam di sebuah kementerian yang memaklumkan menerima satu panggilan telefon mengenai kiriman itu.

“Pengadu memaklumkan kiriman bungkusan itu dialamatkan atas nama dua ahli politik berkenaan dan bungkusan itu perlu dituntut di hab kurier berkenaan di Pulau Meranti.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, kami syak bungkusan itu mengandungi barang yang terlarang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, buat masa ini, tiada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Wan Kamarul Azran berkata, siasatan awal mendapati, bungkusan itu dibeli pengirim melalui portal beli-belah dalam talian ‘Shopee’ yang beralamat di Indonesia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya