SHAH ALAM: Jambangan bunga yang dibawa pelakon, Farid Kamil sebagai tanda untuk berdamai dengan isterinya, Diana Danielle ditinggalkan begitu sahaja di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini.
Difahamkan, jambangan tersebut tidak diterima oleh Diana Danielle ketika Farid Kamil menyuakannya.
Sebaliknya jambangan tersebut diambil oleh pengawal peribadi wanita itu dan dibawa keluar daripada dewan mahkamah.
Sementara itu, usaha kedua Farid Kamil untuk menyerahkan sebentuk cincin bertahtahkan berlian turut ditolak oleh Diana Danielle.
Cincin tersebut merupakan hadiah bagi ulang tahun perkahwinan ke-11 pasangan itu. – UTUSAN