Bukan masalah berlarutan tapi ‘terkantoi’ - Utusan Malaysia

Bukan masalah berlarutan tapi ‘terkantoi’

FARID Kamil membawa sejambak bunga ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon, Farid Kamil Zahari mendakwa terdapat pihak ketiga menyokong isterinya, Diana Danielle untuk memohon perceraian.

Sokongan itu juga dakwa pelakon utama Lagenda Budak Setan itu menyebabkan usaha untuk memujuk isterinya itu gagal.

“Saya juga sudah cuba sedaya upaya memujuk Diana atas ke­salahan yang tak munasabah tapi hari ini saya dapati, kekuatan dia (Diana Danielle) ada pihak ketiga yang menyokong dia dari belakang.

“Saya kalau boleh nak tegakkan undang-undang Islam dan hak sebagai seorang suami, yang mana rumah tangga diganggu. Saya rasa sangat tidak adil sebagai seorang suami. Dan bila kita menuntut jawapan daripada dia mengenai perkara itu, perpisahan yang diminta.

“Saya sayangkan keluarga saya, saya tidak pernah lagi diuji sebegini. Saya dah maklum daripada tahun lepas tetapi baru mengesahkan mengenai hal ini baru-baru ini. Ia bukan masalah berlarutan cuma masalah ‘terkantoi’ baru-baru ini,” katanya.

Ditanya mengenai orang ketiga tersebut, Farid Kamil me­minta agar media bertanya sendiri kepada Diana Danielle.

Beliau juga menyerahkan kepada mahkamah memutuskan sama ada isterinya itu nusyuz tetapi tidak menyatakan secara spesifik sama ada akan membuat permohonan itu.

Semalam pasangan itu hadir ke mahkamah bagi memboleh­kan Farid Kamil memaklumkan mahkamah individu yang akan mewakili dirinya dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP). Pelakon itu melantik kakaknya sebagi wakil.

Diana memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Alasan yang diberikan oleh pelakon itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman, telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan tidak lagi dapat hidup bersama.

Kedua-duanya sah menjadi suami isteri pada 3 November 2012 di suatu majlis diadakan di Hotel Flamingo by the Lake. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya