MARAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencadangkan kerajaan melaksanakan kajian terperinci untuk mendalamkan Sungai Pahang yang semakin cetek saban tahun. Titah Seri Paduka, Sungai Pahang dilihat semakin cetek dan mudah melimpah ke tebing sekali gus menyebabkan banjir. Tambah baginda, program jangka pendek dan panjang perlu bagi mencari punca dan mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di negeri ini. “Berhubung kos perlu difikirkan kemudian tetapi program mengatasi banjir dapat dilaksanakan dengan fokus dan berkesan,” titah baginda ketika mencemar duli melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Sungai Chedung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya