JAKARTA: Rapper terkenal Indonesia, Boy William memaklumkan dia merancang untuk membawa penyanyi, Ayu Ting Ting bertemu keluarganya.
Pengakuan itu dibuat Boy atau nama sebenarnya William Hartanto menerusi satu wawancara bersama Atta Halilintar di saluran Youtube Need A Talk.
“Sepatutnya saya bawa Ayu berjumpa kelurga untuk melihat bagaimana reaksi mereka.
“Kamu kenal keluarga saya bagaimana, lebih-lebih nenek saya. Sesuai atau tidak saya bawa Ayu berjumpa mereka?” soalnya.
Keintiman Boy dan Ayu menimbulkan pelbagai spekulasi bukan sahaja dalam kalangan netizen, malah rakan artis.
Bagaimanapun Boy dan Ayu sehingga ke hari ini tidak menjelaskan status hubungan mereka.